All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UiTM Cawangan Johor

Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak / Sepenuh Masa
  • Gaji RM2,300 - RM2,800
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 01, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang sebagaimana berikut.

1. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)

Tarikh tutup permohonan 01 Oktober 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Johor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)
Taraf Jawatan : Kontrak / Sepenuh Masa
Jadual Gaji
Sarjana Muda : RM2,300.00
Sarjana / Doktor Falsafah : RM2,800.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia
(b) Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Syarat Kelayakan:

i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.
ii. Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang.
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti.
iv. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
v. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.
vi. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana).
vii. Calon yang sedang mengikuti program sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda.
viii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan.
ix. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman rasmi ePengambilanCNS, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem pengambilan dengan bayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

3. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:
i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Kelahiran
iv. Sijil PT3/PMR, SPM/MCE, HCE/STPM atau setaraf
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
vii. Dokumen berkaitan dengan jawatan yang dipohon

4. Maklumat tambahan, bagi permohonan jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa yang berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

6. Permohonan yang tidak lengkap juga tidak akan diproses.

7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Oktober 2026 (Khamis).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada:

Bahagian Pentadbiran
No. Tel : +(607) – 9352272/2010/2273/2020
Email : pengambilancj@staf.uitm.edu.my

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini