All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong PERPUSTAM Ogos 2025

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak (Interim)
  • Gaji RM1,500 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 15, 2025
  • Lokasi penempatan Melaka

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Melaka berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Interim) di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Tarikh tutup
1. Penolong Pustakawan S5 1 15 Ogos 2025
2. Pembantu Pustakawan S1 2
3. Pembantu Khidmat Am H1 2

**Perhatian..!! Sila swipe atau scroll ke kiri table di atas untuk melihat butiran lengkap senarai jawatan yang diiklankan.

Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PERPUSTAM Melaka.
Sektor : Badan Berkanun.

Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong PERPUSTAM. Borang permohonan dan syarat-syarat kelayakan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

b. Pemohon hendaklah mencetak dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

c. Borang permohonan perlulah disertakan dengan gambar terbaharu berukuran passport dan setiap dokumen yang disertakan MESTI DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional)/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung.


d. Salinan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

i. Salinan Sijil Kelahiran
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan sijil akademik/ kemahiran daripada Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS), persekolahan dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan.
iv. Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.

e. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

f. Borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran dan kehilangan dokumen dan dimasukkan ke dalam sampul surat serta mencatatkan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat.

g. Permohonan yang berikut akan ditolak :-

i. Tidak menggunakan borang PERPUSTAM
ii. Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan
iii. Tidak lengkap atau tidak terang
iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
v. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat
vi. Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.
vi Diterima selepas daripada permohonan ditutup.


i. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242-1 Jalan Bukit Baru
75150 Melaka.


Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 15 Ogos 2025 (Jumaat).

Catatan Am

a. Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga melalui panggilan telefon / email dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan ditutup.
b. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c. Bagi calon yang dipanggil untuk ditemuduga tetapi tidak menerima apa-apa keputusan selepas enam (6) bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini

Post a Comment