All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tapah 2025

Majlis Daerah Tapah

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak/ MySTEP
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 02, 2025
  • Lokasi penempatan Perak

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Tapah (MD Tapah) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Perak berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak/ MySTEP di Majlis Daerah Tapah sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
2. Pembantu Tadbir (P/O) N1
3. Pembantu Khidmat Am (Tugas Pemandu) H1

Tarikh tutup permohonan 02 September 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : MD Tapah, Perak.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah memohon secara atas talian di laman Perak Digital 2.0, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apaapa jawapan dalam masa (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Temuduga.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-Sijll. Persekolahan/Akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.


PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

1. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat: ke atasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

2. Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment