All States
  • All States
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak (Interim)
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 30, 2026
  • Lokasi penempatan Pelbagai Negeri

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak (Interim) di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Penempatan
1. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1
Nota: Pemohon lelaki yang berkelayakan adalah diberi keutamaan.
Satu (1) Ibu Pejabat
2. Pembantu Khidmat Am Gred H1
Nota: Pemohon yang mempunyai lesen memandu GDL atau PSV adalah diberi keutamaan.
Tiga (3) Ibu Pejabat / Cawangan Melaka
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan 30 september 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur dan Melaka.
Sektor : Badan Berkanun

Taraf Lantikan

(i) Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim 3 tahun);
(ii) Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan (google form) yang disediakan oleh pihak Kraftangan Malaysia, sila kepautan iklan, syarat dan permohonan di bawah.

2. Pemohon perlu merujuk kepada syarat skim lantikan sebelum mengisi borang permohonan online untuk memastikan syarat jawatan dipenuhi, sila muat turun pada pautan berikut [KLIK DISINI]

3. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan:
• LAMPIRAN A : Pengesahan KetuaJabatan;
• LAMPIRAN D : Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan; dan
• Laporan Penilaian Prestasi (LNPT)

Perhatian

1. Permohonan yang tidak lengkap dan/atau tidak melalui Ketua Jabatan/ Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses.
2. hanya calon yang melepasi tapisan akan dihubungi melalui panggilan telefon / emel yang didaftarkan oleh pemohon.
3. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

No. Tel : 03-21627459 / 03-21927533
• Pn. Harnaine binti Pusiran
• Pn. Siti Habsah binti Romlan

E-mel : spsm@kraftangan.gov.my

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan pautan permohonan jawatan selanjutnya disini