Jawatan Kosong ASWARA Oktober 2026
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Jobs Overview
- Taraf Personel MySTEP
- Gaji RM1,900 - RM2,300
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 11, 2026
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebagaimana berikut.1. Personel MySTEP Gred F9
2. Personel MySTEP Gred W9
3. Personel MySTEP Gred N9
4. Personel MySTEP Gred N5
5. Personel MySTEP Gred N1
Kadar Upah / Kelayakan
1. Personel MySTEP Gred 9
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya.
Kadar Upah RM2,300.00 Sebulan
2. Personel MySTEP Gred 5
Kelayakan : STPM / Diploma atau setaraf dengannya.
Kadar Upah RM2,100.00 Sebulan
3. Personel MySTEP Gred 1
Kelayakan : SPM atau setaraf dengannya.
Kadar Upah RM1,900.00 Sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.
Tarikh tutup permohonan 11 Oktober 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : ASWARA Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun
Tugasan
• Merancang, membangunkan, menyelenggara dan menambah baik sistem serta aplikasi digital ASWARA, termasuk portal myASWARA, sistem berkaitan pelajar dan staf, pengurusan pangkalan data, migrasi sistem serta memberikan sokongan teknikal kepada pengguna.
2. Personel MySTEP Gred W9
Tugasan
• Bertanggungjawab membantu Pejabat Bendahari dalam pengurusan perakaunan dan penyata kewangan, kawalan belanjawan dan peruntukan, pemprosesan bayaran, serta pelaksanaan perolehan dan dokumentasi berkaitan.
• Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya bagi perisian asas seperti Microsoft Office (Word,Excel dan Power Point).
3. Personel MySTEP Gred N9
Tugasan
• Mentadbir urus pendaftaran pelajar pembelajaran sepanjang hayat dengan ekosistem TVET sedia ada.
• Menyokong aktiviti pemasaran termasuk pembangunan kandungan kreatif dan promosi pada platform fizikal dan digital.
• Menyelaras program/aktiviti fakulti dan jabatan, termasuk pengurusan program, pelajar, lokasi, logistik dan sumber berkaitan.
• Membantu dalam urusan pentadbiran pejabat, termasuk penyediaan surat, dokumen rasmi, dan urusan berkaitan.
• Mengumpul, merekod dan menganalisis data atau maklumat projek, bagi tujuan pelaporan atau penambahbaikan proses kerja.
• Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh penyelia atau pegawai atasan selaras dengan objektif jabatan/agensi.
4. Personel MySTEP Gred N5
Tugasan
• Menghasilkan kandungan kreatif untuk platform media sosial rasmi ASWARA (Facebook, Instagram dan TikTok) sebagai medium utama yang lebih efektif dan menarik dalam mempromosikan ASWARA.
• Mengenalpasti konsep dan trend semasa dalam menghasilkan bahan hebahan/content berbentuk video pendek, grafik, fotografi, reels, teaser dan kandungan interaktif yang kreatif dan bersesuaian dengan identiti serta objektif organisasi.
• Menyunting dan menambah baik kandungan video agar lebih menarik, jelas dan mudah difahami menggunakan perisian seperti Adobe Premiere Pro, CapCut, atau seumpamanya.
• Mengendalikan proses produksi video dan penghasilan bahan multimedia bagi kandungan digital secara kreatif dan berkualiti tinggi yang mampu meningkatkan keberkesanan hebahan serta publisiti.
5. Personel MySTEP Gred N1
Tugasan
• Boleh komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik serta boleh bekerja dalam Kumpulan.
• Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya bagi perisian asas seperti Microsoft Office (Word, Excel dan Power Point).
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman ASWARA Career Portal, sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Oktober 2026 (Ahad).
Pautan
Permohonan jawatan secara online disini