Jawatan Kosong JAIS Oktober 2025
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 24, 2025
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang terdiri daripada anak Negeri Selangor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Kekosongan |
|---|---|---|
| 1. | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 i. Tahfiz (Lelaki / Perempuan) ii. Bahasa Inggeris |
11 |
| 2. | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG5 i. Bahasa Arab ii. Pendidikan Agama Islam iii. Bahasa Melayu iv. Bahasa Inggeris v. Matematik vi. Sains |
26 |
| 3. | Pembantu Hal Ehwal Islam (Lelaki) S1 (Bilal/ Siak/ Pembantu Pengurus) |
37 |
| 4. | Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N1 | 2 |
| 5. | Pembantu Hal Ehwal Islam S1 | 1 |
| 6. | Juruteknik Komputer FT1 | 1 |
| 7. | Pembantu Khidmat Am (Pemandu) H1 | 1 |
Tarikh tutup permohonan 24 Oktober 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : JAIS Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kontrak (Keluaran 02 (10.08.2015:Pindaan 00)) perlu diisi SECARA MANUAL yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Setiap pemohon adalah DIWAJIBKAN melengkapkan maklumat peribadi melalui google form secara online pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan termasuk borang pengesahan pemastautin bagi pemohon bukan anak kelahiran Negeri Selangor dan hendaklah DIHANTAR kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia.
3. Borang Permohonan Jawatan yang lengkap hendaklah dihantar ke :
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
i. tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
ii. tidak lengkap atau tidak jelas; dan
iii. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan.
5. Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
6. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut:
i. selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
ii. selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).
7. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Agama Islam Selangor di talian: 03-5514 3421/ 3536/ 3550
8. Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengahari.
Pautan
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Muat turun Borang Permohonan Jawatan disini
Pemohon DIWAJIBKAN melengkapkan butir peribadi melalui google form disini
Post a Comment