All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak / Tetap / Peminjaman
  • Gaji RM3,840 - RM13,540
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 29, 2026
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perubatan Malaysia (MMC) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak / Tetap / Peminjaman di Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir Gred N12
2. Pegawai Undang-Undang Gred L10

Tarikh tutup permohonan 29 Jun 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Sila muat turun iklan dan syarat kelayakan dipautan yang diberikan di bawah sebelum membuat sebarang permohonan.

b) Permohonan ini dibuka kepada mana-mana individu berkelayakan, sama ada dari dalam atau luar MPM.

c) Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dokumen seperti berikut:

i. Satu (1) keping gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan).
ii. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) dan salinan Sijil Kelahiran.
iii. Resume ringkas yang terkini, tidak melebihi dua (2) muka surat, yang menyenaraikan pengalaman kerjaya dan pencapaian.
iv. Salinan Kelulusan Akademik (berkaitan permohonan) dan lain-lain dokumen sokongan.
v. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang di kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini serta mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan Ceraian UP.1.2.1 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Petukaran Sementara dan Pertukaran Tetap, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia.
vi. Kesemua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 dan ke atas).

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA,
Aras 1, Blok C, Jalan Cenderasari,
50590 KUALA LUMPUR.
U.P: Unit Sumber Manusia


Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Jun 2026 (Isnin). Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Temu duga

Hanya permohonan yang lengkap akan dipanggil menghadiri temu duga. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai Cawangan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan melalui saluran berikut:

Puan Norsalawati binti Yusof / En Muhammad Al Amin bin Mohd Ismail di e-mel hr@mmc.gov.my atau di talian 03-9078 2171

Pautan

Muat turun iklan, syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini