All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM2,690 - RM9,643
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 01, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagaimana berikut.

1. Jurutera Mekanikal Gred J9

Tarikh tutup permohonan 01 Jun 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : Selangor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Jurutera Mekanikal Gred J9
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,690.00 - RM9,643.00

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kelayakan Akademik:
(i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(ii) Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia; dan
c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Fungsi Bidang Tugas

Memantau dan memastikan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) di lebuh raya merangkumi peringkat perancangan, rekabentuk, pembinaan. operasi dan penyenggaraan dilaksana serta disiapkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Di samping itu, turut bertanggungjawab dalam menyemak, memberi ulasan dan kelulusan ke atas Ringkasan Rekabentuk dan Lukisan Rekabentuk Terperinci bagi Sistem Perlampuan Jalan, Sistem Kutipan Tol (TCS), Sistem Pengawasan dan Kawalan Trafik (TCSS) dan Sistem M&E Bangunan dan Sistem M&E Terowong. Selain itu, bertanggungjawab menguruskan kontrak penyenggaraan M&E Bangunan dan Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman e-Rekrut LLM mulai 18 Mei 2026 (Isnin) hingga 1 Jun 2025 (Isnin), sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Jun 2026 (Isnin).

3. Permohonan Yang DITOLAK

Permohonan akan ditolak sekiranya:

i) Tidak lengkap;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
iii) Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan.

Catatan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment