Jawatan Kosong Pejabat SUK Negeri Kelantan 2025
Juruukur Bahan Gred J9
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Jobs Overview
- Taraf Personel MySTEP
- Gaji RM2,100 sebulan
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 10, 2025
- Lokasi penempatan Kelantan
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan sebagaimana berikut.1. Juruukur Bahan Gred J9
Taraf Jawatan : Personel MySTEP
Kadar Upah : RM2,100.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuit sakit, caruman KWSP dan Perkeso.
Tarikh tutup permohonan 10 Disember 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : Kelantan
Sektor : Kerajaan
Syarat Lantikan Wajib
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Lantikan
(i) Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda
(ii) Bidang/Kelayakan Khusus : Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
(iii) Kelayakan Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam kerja-kerja pakar ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak, memberikan khidmat nasihat dan runding cara kos pembinaan, menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan dasar mengenai tender dan kontrak kerajaan serta memberi khidmat keurusetiaan tender, kontrak dan pelantikan perunding ikhtisas.
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman Permohonan Jawatan Kosong, sila kepautan yang diberikan di bawah.
Tarikh tutup permohonan 10 Disember 2025 (Rabu), jam 11.59 malam.
Maklumat Am
1. Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga atau boleh dibuat pelantikan secara terus mengikut kesesuaian yang difikirkan munasabah. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas EMPAT (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
2. Pelantikan calon adalah tidak terikat dengan jawatan yang dimohon dan boleh sahaja ditawarkan apa-apa jawatan yang dianggap sesuai serta munasabah.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan online disini
Post a Comment