Jawatan Kosong MOTAC Terkini 2025
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 04, 2025
- Lokasi penempatan Pelbagai Negeri
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagaimana berikut.1. Pembantu Muzium Gred S1
Tarikh tutup permohonan 04 September 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Jawatan : Pembantu Muzium Gred S1
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau
(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,561.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,622.00).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 04 September 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini
Post a Comment