Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)
Penolong Pegawai Veterinar Gred G5
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak (Interim) / Tetap
- Gaji RM1,650 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 14, 2026
- Lokasi penempatan Pelbagai Negeri
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Interim) / Tetap di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sebagaimana berikut.1. Penolong Pegawai Veterinar Gred G5
Tarikh tutup permohonan 14 September 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun
Kekosongan : 25 Simpanan : 50
Jadual Gaji (Min-Maks) : RM1,650.00 - RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,731.00); atau
(ii) Diploma Veterinar, Diploma dalam bidang Kesihatan Haiwan dan Penternakan atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM2,055.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 14 September 2026 (Isnin), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini