All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong FRIM Oktober 2025

Pengawas Hutan Gred G1

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup Oktober 24, 2025
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Tarikh Tutup
1. Pengawas Hutan Gred G1 Lima (5) 24 Oktober 2025
**Perhatian..!! Sila swipe atau scroll ke kiri table di atas untuk melihat butiran lengkap senarai jawatan yang diiklankan.

Tarikh tutup permohonan 24 Oktober 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : FRIM Selangor
Sektor : Badan Berkanun

1. (a) Jawatan : Pengawas Hutan Gred G1
(b) Bil. Kekosongan : 5 jawatan
(c) Penempatan : 
(i)Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar - 4 jawatan
(ii)Bahagian Bioteknologi Perhutanan - 1 jawatan
(d) Taraf Jawatan : Tetap
(e) Jadual Gaji : RM1,500.00 (Minimum) – RM4,680.00 (Maksimum)
(f) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
(g) Imbuhan : 
(i)Tetap Khidmat Awam : RM115.00
(ii)Tetap Perumahan : RM300.00
(iii)Bantuan Sara Hidup : RM350.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Sekolah Latihan Perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00); atau
ii. SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Institut Latihan Perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan Pengawas Hutan Gred G1 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM akan diproses (Sila kepautan yang diberikan di bawah). Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji
semasa, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau selewat-lewatnya 24 Oktober 2025 (Jumaat).

Pautan

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment