All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UiTM Negeri Sembilan 2026

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM13,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 07, 2026
  • Lokasi penempatan Negeri Sembilan

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik dan Kumpulan Pelaksana lantikan Kontrak / Tetap di UiTM Cawangan Negeri Sembilan sebagaimana berikut.

1. Pensyarah Universiti Gred DS11/DS13/DS14/Gred Khas C
2. Penolong Pegawai Sains Gred C5
3. Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) Gred H1

Tarikh tutup permohonan 07 Oktober 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : UiTM Negeri Sembilan
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawataan secara online melaui laman Kerjaya UiTM dengan mengisikan maklumat yang diperlukan. Sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin dengan bayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

3. Setiap calon hanya dibenarkan memohon maksimum TIGA (3) jawatan sahaja bagi setiap iklan.

4. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Kelahiran
iv. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
ix. Dokumen berkaitan yang dipohon

5. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

a. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) atau setara)
b. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah tidak berjaya.

7. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Oktober 2026 (Rabu).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

No. Tel:+(606)-483 2100 / 483 2210/ 483 2236
Email: gpentadbirancns@uitm.edu.my

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan pautan permohonan jawatan secara online disini