All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong IYRES Januari 2026

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup January 21, 2026
  • Lokasi penempatan Putrajaya

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak (CFS) di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sebagaimana berikut.

1. Penolong Eksekutif Penyelidik Gred S5

Tarikh tutup permohonan 21 Januari 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : IYRES Putrajaya.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Eksekutif Penyelidik Gred S5
Taraf Jawatan : Contract For Service (CFS)
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred S5: RM 1,650.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM 1,650.00); atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM 1,650.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM 1,893.00).

Kelayakan Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab membantu menguruskan dan melaksanakan program/projek belia termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.

Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun DISINI (.doc)

2. Calon-calon yang berminat untuk memohon jawatan ini boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  • Resume terkini beserta gambar berukuran passport;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil Tamat Pengajian Lengkap bersama Transkrip;
3. Setiap salinan Sijil/ Dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

4. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

5. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan. Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

6. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

7. Permohonan hendaklah dihantarkan ke dalam sampul surat dan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan ditulis dengan huruf besar "JAWATAN KOSONG: PENOLONG EKSEKUTIF PENYELIDIK" ke alamat seperti berikut:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 10, Menara KBS, No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)


8. Permohonan secara hardcopy dengan serahan tangan/ pos laju sahaja yang akan diterima. Salinan permohonan secara atas talian tidak akan dilayan.

9. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 21 JANUARI 2026 (sebelum atau pada jam 2.00 petang).

Post a Comment