All States
  • All States
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UiTM Cawangan Kelantan

Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview

  • Taraf Sepenuh Masa
  • Gaji RM2,300 - RM4,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 13, 2026
  • Lokasi penempatan Kelantan

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan sebagaimana berikut.

1. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)

Tarikh tutup permohonan 13 September 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Kelantan
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)

Syarat Lantikan

1. Mempunyai syarat asas pelantikan Gred DS9 untuk pengajaran peringkat Diploma dan Gred DS11 untuk pengajaran peringkat ijazah seperti berikut :

i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti dan;
ii. Memiliki PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Kedua Tinggi bagi tahap kelayakan (Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana) yang diperlukan untuk peringkat pengajaran (Diploma / Ijazah Sarjana Muda) dan;
iii. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf dan;
iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.

b. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan telah selesai menghadiri konvokesyen.

c. Mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran menggunakan teknologi bagi tujuan pengajaran merupakan satu kelebihan.

d. Mempunyai rekod peribadi yang baik (Contoh : Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan.

Perhatian Kepada Pemohon

1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
• Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
• Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik

2. Pemohon – pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas / Kelas Kedua Tinggi /Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

3. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

4. Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7. Pemohon – pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan pautan borang permohonan selanjutnya disini