Jawatan Kosong Tourism Malaysia September 2026

Jobs Overview
- Taraf Kontrak (Interim)
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 25, 2026
- Lokasi penempatan Pelbagai Negeri
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Tourism Malaysia 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak (Interim) di Tourism Malaysia sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Penempatan |
|---|---|---|
| 1. | Penolong Pengarah E9 | Ibu Pejabat, Putrajaya / Pejabat TM Wilayah |
| 2. | Pegawai Pelancongan E5 | Ibu Pejabat, Putrajaya / Pejabat TM Wilayah |
| 3. | Penolong Akauntan W5 | Ibu Pejabat, Putrajaya |
| 4. | Pembantu Khidmat Am H1 | Ibu Pejabat, Putrajaya |
Tarikh tutup permohonan 25 September 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun
Permohonan adalah secara dalam talian melalui Tourism Malaysia Recruitment System. Berikut adalah panduan ringkas bagi memohon:
-
Sila Log in di laman Tourism Career > Klik Disini
-
Pendaftaran Akaun Baharu > Lengkapkan Maklumat Pendaftaran > Tetapkan Kata Laluan > klik butang Daftar Akaun.
-
Setelah pendaftaran berjaya, log masuk dan pemohon boleh ke langkah seterusnya dengan melengkapkan maklumat serta memuat naik dokumen berdasarkan senarai semak seperti yang dikehendaki.
-
Pilih jawatan yang ingin dimohon.
-
Gambar yang dimuat naik hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar passport tidak dibenarkan.
-
Bagi pemegang Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web https://www2.mqa.gov.my/esisraf/.
-
Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 September 2026 (Jumaat).
Catatan Am
a) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui e-mel.
b) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah dianggap tidak berjaya.
c) Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada : pelantikan@tourism.gov.my