All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Jobs Overview

  • Taraf PSH
  • Gaji RM72 - RM100 Sehari
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 17, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 2026. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai Projek Pembangunan Produk Non-Woven Gentian Buluh bagi Aplikasi Bahan Perabot dan Binaan.

Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda atau Diploma
Gaji :
• Ijazah Sarjana Muda – RM100/hari
• Diploma – RM72/hari
Tempoh : Oktober – Disember 2026 (3 bulan)
Penempatan: Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC), Olak Lempit, Banting, Selangor

Tugasan

Antara tugasan yang akan dilaksanakan termasuk membantu aktiviti R&D, pemprosesan bahan mentah, pengendalian mesin dan peralatan, penyediaan sampel, rekod parameter eksperimen serta aktiviti bersama pihak industri dan rakan strategik projek.

Keutamaan

**Kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam projek R&D, kajian, makmal atau kajian lapangan, serta mempunyai kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan bengkel serta memahami asas penyelenggaraan dan keselamatan kerja.

Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan sila hantarkan resume, salinan SPM, Ijazah Sarjana Muda/Diploma dan sijil berkaitan melalui emel kepada: norhazaedawati@mtib.gov.my
**Sila nyatakan subjek permohonan "Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH)"

2. Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 17 September 2026 (Khamis).