Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Kirim Lamaran

Job Description

  • Jenis pekerjaan: Sepenuh Masa
  • Jadual gaji: RM 1,700 - RM 4,500
  • Lokasi: Seluruh Malaysia
  • Dikemaskini pada:
  • Tarikh tutup permohonan: 2024-05-27
Jawatan kosong terkini di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Taraf Tarikh tutup
1. Pegawai Penyelidik Q41-53 6 Tetap / Kontrak 27 Mei 2024
2. Pegawai Tadbir N41 3 Tetap / Kontrak
3. Penolong Jurutera JA29 1 Tetap / Kontrak
4. Jurufografi B29 1 Tetap / Kontrak
5. Penolong Pegawai Penyelidik Q29 2 Tetap / Kontrak
6. Penolong Pegawai Tadbir N29 7 Tetap / Kontrak
7. Jurufotografi B21 1 Tetap / Kontrak
8. Pembantu Penyelidik Q19 18 Tetap / Kontrak
9. Pembantu Tadbir (P/O) N19 10 Tetap / Kontrak
10. Pembantu Awam H11 12 Tetap / Kontrak
11. Pemandu Kenderaan H11 1 Tetap / Kontrak
12. Pembantu Operasi N11 10 Tetap / Kontrak

Tarikh tutup permohonan 27 Mei 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : MPOB Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun

Umur Kelayakan

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut:

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Jawatan 1 hingga 9


Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan 10 hingga 12

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja. Sila kepautan yang diberikan di bawah.
ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.
iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
iv) Hanya pemohon yang MENGISI permohonan secara atas talian seperti di para (i) dan melepasi saringan akan dipanggil temuduga.
v) Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.

Tarikh tutup iklan jawatan pada 27 Mei 2024, Jam 5:30 Petang.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Lokasi kerja

Post a Comment