All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong JPNIN Januari 2026

Guru Tabika Perpaduan Gred S5

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup January 28, 2026
  • Lokasi penempatan Melaka

Jobs Detail

Iklan jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebagaimana berikut.

1. Guru Tabika Perpaduan Gred S5
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempat Kekosongan : Sekitar Negeri Melaka
Jadual Gaji : RM1,650.00 - RM6,620.00

Tarikh tutup permohonan 28 Januari 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : JPNIN Melaka
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah berserta gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan).

2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18, Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

3. Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan yang berikut dan DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’/Gred 9 ke atas/Penghulu/Ketua Kampung:

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak
iii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
iv. Salinan Sijil Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
v. Salinan Diploma berserta Transkrip

4. Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang telah disahkan perlu dikemukakan secara pos atau secara serahan tangan ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka
Aras 3, Menara Persekutuan (Blok Podium), MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
(u.p. Bahagian Pengurusan)


Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Januari 2026 (Rabu).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada talian 06-2345050 (Puan Hamizah binti Mohd)

Perhatian

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK

i. TIDAK lengkap / TIDAK jelas;
ii. TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iii. TIDAK disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
iv. TIDAK menandatangani borang permohonan;
v. TIDAK mengikut Peraturan 18 Bab ‘A’ P.U.(A)/2012 bagi calon yang sedang berkhidmat.

2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

Pautan

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Post a Comment