All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong DBKK Terkini 2025

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,974 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 29, 2025
  • Lokasi penempatan Sabah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan TETAP di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5

Tarikh tutup permohonan 29 Ogos 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : DBKK Sabah
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan : Dua (2)
Penempatan : Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Diploma dalam bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan sepertimana syarat diatas hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui Borang Permohonan google form yang disediakan oleh pihak DBKK, sila kepautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Ogos 2025 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, DBKK di talian 088-244 000.

Pautan

Permohonan jawatan melalui google form secara online disini

Post a Comment