Ujian Lasak Terbuka DBKL 2023

Ujian Lasak Terbuka (Walk-In) di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri Ujian Lasak Terbuka DBKL jawatan seperti berikut.

1. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kekosongan : 63 Kekosongan
Jantina : Lelaki / Wanita (Bujang Sahaja)
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,360.00 - RM4,052.00

Ujian Lasak Terbuka DBKL November 2023

TARIKH UJIAN LASAK TERBUKA DAN TEMPAT

Jawatan : Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Tarikh Ujian Khas Terbuka : 28 November 2023 (Selasa).
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat Ujian Khas Terbuka

Stadium Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa
Jalan Tembeling, 53200 Kuala Lumpur.

SILA BAWA DOKUMEN-DOKUMEN SEPERTI BERIKUT

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Lasak Terbuka (Walk-in):

(i) KAD PENGENALAN;
(ii) SIJIL KELAHIRAN;
(iii) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). SLIP SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TIDAK DITERIMA;
(iv) BUKU PERKHIDMATAN (BEKAS POLIS / TENTERA);
(v) BEKAS POLIS / TENTERA HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN YANG DIAKUI SAH TELAH DITAMAT ATAU MENAMATKAN PERKHIDMATAN DENGAN BAIK DAN KENYATAAN BERTULIS DARIPADA KETUA JABATAN (PDRM/ATM) SEMASA DALAM TEMPOH PERKHIDMATAN;
(vi) LESEN MEMANDU B2/D/E ATAU LESEN TEMPOH PERCUBAAN (P) YANG MASH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN
(vii) SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;
(viii) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.

CATATAN

(i) Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;
(ii) Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;
(iii) Calon dikehendaki membawa alat tulis dan air mineral;
(iv) Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Lasak Terbuka (Walk-in) ini;
dan
(v) Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Lasak Terbuka (Walk-in) sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

UMUR

Calon-calon hendaklah berumur 20 hingga 27 tahun pada tahun 2023

SYARAT PELANTIKAN

Calon-calon hendaklah mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26:

SYARAT TAMBAHAN

Calon-calon hendaklah memiliki lesen memandu B2 / D / E atau lesen tempoh percubaan (P) yang mash sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. (a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain; atau
(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya; atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya; dan

(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat di lapangan oleh pegawai perubatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan dengan kelayakan di Syarat Lantikan perenggan 1.(a)(i), 1.(a)(ii) dan 1.(a)(iii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.