Jawatan Kosong PERKESO November 2023

Jawatan kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berekelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini bertaraf Tetap/ Kontrak di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Penempatan Tarikh Tutup Permohonan
1. Pegawai Kerani Sambilan Gred 14 Kuala Lumpur 15 Nov 2023 Klik Disini

Tarikh tutup permohonan 15 November 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur.
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong PERKESO November 2023

1. Pegawai Kerani Sambilan Gred 14

Kelayakan dan syarat lantikan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Bagi calon calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka (tahun 1999 hingga sekarang) syarat "Lulus SPM" ialah;-
- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut turut; dan
  • memenuhi syarat Kepujian Bahasa Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Calon yang mempunyai kemahiran dalam bidang grafik atau mahir penggunaan adobe illustration, videografi, microsoft dan sistem digalakkan untuk memohon.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs, sila klik pada pautan yang diberikan di atas untuk iklan jawatan dan permohonan. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 15 November 2023.

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.