Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2023

Jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Bahagian Gaji Minimum Gaji Maksimum
1. Akauntan Gred WA44 Tetap Unit Kewangan RM 3,600.00 RM10,456.00

Tarikh tutup permohonan 14 November 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : RAC Sepang, Selangor.
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2023

1. Jawatan : Akauntan Gred WA44
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional
Jadual Gaji : RM3,600.00 (Minimum) RM10,456.00 (Maksimum)

Kadar Elaun :

Imbuhan Tetap Perumahan : RM400.00
Imbuhan Tetap Keraian : RM400.00
Bantuan Sara Hidup : RM300.00

Kelayakan Lantikan Terus

a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/tahap pendidikan yang bersesuian;
b) Merupakan ahli penuh Badan Profesional; dan
c) Mempunyai Pengalaman kerja berkaitan dengan tempoh yang ditetapkan.

Syarat Lantikan

Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda
Bidang/ Kelayakan Khusus : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : RM 3,600.00

ATAU

Tahap Pendidikan : Badan Profesional
Bidang/ Kelayakan Khusus : lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiaf oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan : RM 3,600.00

ATAU

Tahap Pendidikan : Badan Profesional
Bidang/ Kelayakan Khusus : lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia.
Gaji Permulaan : RM 3,600.00

DAN

Kelayakan Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM (Sekurang-kurangnya Gred C)
Kemahiran : Microsoft Words, Power Point, Excel
Tempoh Pengalaman : Mempunyai Lima (5) tahun tempoh pengalaman bekerja dalam pengurusan perakaunan

Kelayakan Khusus

a) Merupakan Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan (ACCA) dan Ahli MIA; atau
b) Ahli MIA

Deskripsi Tugas

a) Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Unit Kewangan dengan merancang, memantau, mengawalselia dan menguruskan kewangan RAC.
b) Memastikan pengurusan kewangan di RAC mematuhi ketetapan Akta Keretapi 1991 dan prosedur/ pekeliling kewangan yang berkuatkuasa yang diterima pakai oleh RAC;
c) Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan RAC termasuk penyediaan akaun dan melaksanakan analisis laporan kewangan serta memastikan penutupan akaun tahunan RAC dilaksanakan secara teratur dan betul;
d) Menyelaras pengurusan aset dan perolehan di RAC berdasarkan prosedur/ pekeliling kewangan yang berkuatkuasa yang diterima pakai oleh RAC;
e) Menyemak dan menyelaras penyediaan garis panduan berkaitan kewangan, tatacara pengurusan aset, perolehan serta tatacara pengurusan kewangan di RAC; dan
f) Memantau dan menyelia prestasi dan disiplin kakitangan bawahannya.

Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di eJawatan RAC (sila kepautan yang diberikan di bawah).

2. Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 14 November 2023 pukul 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Sumber Manusia di talian 03-8939 0200 atau emel ke jobs@rac.gov.my

Lokasi Pejabat

Perbadanan Aset Keretapi
Tingkat 16, IOI City Tower 2
Lebuh IRC, IOI Resort City
62502 Putrajaya, Sepang, Selangor

Catatan Am

TEMPOH SAH LAKU permohonan ini adalah selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan dan hanya calon yang melepasi tapisan yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

Permohonan jawatan secara online disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.