Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebagaimana berikut.

1. Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11

Tarikh tutup 12 November 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : JPNIN Terengganu.
Sektor : Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 2023

Jawatan : Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11

Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jabatan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu.
Tempat Kekosongan : Negeri Terengganu
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM1,216.00 - RM2,983.00

Elaun :

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00
Imbuhan tetap Perumahan : RM300.00
Elaun bantuan Sara Hidup : RM300.00

Syarat Lantikan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan diktiraf oleh Kerajaan. 
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00) atau
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diktiraf Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [(Kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Gred D bagi empat (4) matapelajaran lain termasuk Matematik di peringkat PMR atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Gred E bagi empat (4) matapelajaran lain termasuk Matematik pada peringkat PT3 atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di Negeri Terengganu. Permohonan daripada luar Negeri Terengganu boleh dipertimbangkan.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu atau telah dikepilkan bersama iklan jawatan pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang lengkap disi beserta dengan gambar terkini berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Kelulusan Akademik, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19, dan lain-lain sijil yang berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI TERENGGANU
NO. 22, TINGKAT 1,2 & 3, PUSAT NIAGA PAYA KELADI
20100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
No. Tel: 09-6203105


Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 12 November 2023 (Ahad).

Permohonan Yang Ditolak

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :

TIDAK lengkap / TIDAK jelas;
TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
TIDAK disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
TIDAK menandatangani borang permohonan;

Catatan Am

Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.