Jawatan Kosong KPKM November 2023

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) 2023. Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sepertimana berikut.

1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Pembantu Tadbir Gred N19

Tarikh tutup 15 November 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : KPKM Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong KPKM November 2023

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengunakan borang permohonan BP.OS (Seperti di lampiran) dan mohon tulis nama jawatan yang dimohon.

b) Borang permohonan yang lengkap resume bergambar, salinan kad pengenalan dan salinan akademik (yang berkaitan) hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) dan dikemukakan kepada:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sekuriti Makanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Aras 10, Wisma Tani, Lot 4G1, No.28
Persiaran Perdana Presint 4
62624, Putrajaya

Tarikh Tutup

c) Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas mulai 1 November 2023 hingga selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari, 15 November 2023. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

d) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada Kementerian ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai urusan ini, sila hubungi Encik Mohamad Rais bin Mohd Ali di talian 03-8870 1626 atau e-melkan kepada alamat rais@kpkm.gov.my.

Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.