Jawatan Kosong Konstabel Polis (Lelaki/Wanita) Gred YT1

Jawatan kosong terkini di Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun 2023 / 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan bertaraf TETAP di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Terbuka Kepada Taraf Tarikh Mula Tarikh Tutup
1. Konstabel Polis Gred YT1 Lelaki/ Wanita Tetap 14 Nov 2023 30 Nov 2023

**Perhatian : sila rujuk tarikh boleh mula memohon diatas sebelum anda boleh membuat sebarang permohonan di laman ePengambilan PDRM.

Jawatan Kosong Konstabel Polis (Lelaki/Wanita) Gred YT1

KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/WANITA) PDRM

Syarat Permohonan

a) Terdiri dari Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup permohonan secara atas talian;

c) Kelayakan Akademik
Lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM 1,220.00].

(i) Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Kepujian dalam Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan
Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
- Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

Contoh syarat minimum PMR & PT3 :

MATA PELAJARAN PMR (GRED) PT3 (GRED)
Bahasa Melayu C C
Bahasa Melayu (Lisan) C
Matematik D E
Tiga (3) mata pelajaran lain D E

Kelayakan Fizikal

d) Pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut : 

i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 kg/m hingga 26 kg;
iv) Ukuran lilit dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan;
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (Kerajaan).

Gaji Dan Faedah

i) Gaji Permulaan RM 1,220.00 
ii) Elaun Khidmat
iii) Elaun Sara Hidup / Bayaran Insentif Wilayah 
iv) Bayaran Insentif Khas PDRM
v) Elaun Perumahan
vi) Lain-Lain Elaun Mengikut Jabatan

Deskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di :
  • Jabatan Pengurusan
  • Cawangan Khas
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
  • Jabatan Logistik dan Teknologi
  • Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Pegawai-pegawai yang memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel Sokongan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Catatan Am
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Pemohon yang memalsukan maklumat akan disenarai hitam.
Perhatian

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik 'Permohonan Baru';
5. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
6. Klik butang 'Hantar Borang'.
7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Permohonan jawatan secara online di e-Pengambilan PDRM sila klik disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.