Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Jawatan kosong terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 2023. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepertimana berikut.

1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pengangkutan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Jabatan Pengangkutan Jalan
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,362.00 - RM4,034.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Kekosongan : 145 Kekosongan

Tarikh tutup 14 November 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : JPJ Seluruh Malaysia (Semenanjung)
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) November 2023

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,420.12) atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,478.24)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Senarai Bidang Berkaitan Di Peringkat SVM Dan SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SVM dan SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Maklumat Tambahan

Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 14 November 2023 (Selasa), jam 11.59 malam.

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.