Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR)

Jawatan kosong terkini di Jabatan Kerja Raya (JKR). 1. Pembantu Kemahiran Gred H19. RM1,377.00 - RM4,052.00. Tarikh tutup 11 November 2023.
Jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Kedah Darul Aman) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah sepertimana berikut.

1. Pembantu Kemahiran Gred H19

Tarikh tutup permohohonan 11 November 2023 (Sabtu).
Lokasi penempatan : JKR Negeri Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Terkini Jabatan Kerja Raya (JKR) November 2023

1. Jawatan : Pembantu Kemahiran Gred H19
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Taraf Jawatan : Tetap
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,377.00 - RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

4. і. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred H19 : RM1,377.00); atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred H19 : RM1,435.12); atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred H19 : RM1,493.24); atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred H19 : RM1,493.24)

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat.

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:

i. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
ii. Mempunyai kelayakan di perkara 4 (i) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Had umur pelantikan;

a) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
b) Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
c) Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian, (sila kepautan yang diberikan di bawah).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 November 2023 (Sabtu), jam 11.598 malam.

Asas Tapisan

i. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
ii. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri
iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan akan ditolak serta-merta.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya Kedah Darul Aman di talian 04-7297100.

Permohonan jawatan JKR secara online disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.