Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang terdiri daripada Anak Negeri Selangor serta berkelayakan dan memenuhi kreteria yang telah ditetapkan untuk mengisi kekosongan jawatan perkhidmatan KONTRAK di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai:

1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
(Imam II/ Penolong Pengurus)
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
3. Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29
4. Juruteknik Komputer FT19
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Tarikh tutup permohonan 21 November 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : JAIS Shah Alam, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) November 2023

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas (Gred 41 dan keatas).

e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika : 
  • tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
  • tidak besertakan gambar dan
  • tidak ditandatangani.
f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN


Sebelum atau pada 21 November 2023 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari.

g) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

h) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut:
  • selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
  • selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)
i) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Agama Islam Selangor di talian : 03-5514 3421 / 3475 / 3416 / 3550

Iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.