Jawatan Kosong Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)

Jawatan kosong di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan KONTRAK di HSAAS, UPM seperti berikut.

1. Pembantu Keselamatan KP19
Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Terma Lantikan : Sepenuh Masa
Gaji Pokok : RM1,360.00

Tarikh tutup permohonan 01 Disember 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : HSAAS UPM, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) November 2023

Syarat Lantikan

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00) atau
ii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa melayu dengan memuaskan.
(Gaji Permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP10: RM1,416.40); atau
iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80); dan
d) memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.62m bagi lelaki dan 1.52m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

Syarat Tambahan

Calon yang pernah atau sedang berkhidmat sebagai Polis Bantuan atau mempunyai Sijil Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan akan diberi keutamaan.

Ringkasan Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset Kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis Kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Cara Memohon

Pemohon dikehendaki mengisi Google Form bersama borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (yang berkaitan dengan jawatan) dan sertakan dokumen-dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang dilampirkan di bawah.

Perhatian:-

a. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan;
b. Hanya calon yang dipilih dalam saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga;
c. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, mohon hubungi Unit Sumber Manusia di job_hpupm@upm.edu.my atau 03-9769 9074/9019/9023.

Muat turun borang permohonan jawatan kumpulan pelaksana disini

Muat turun senarai semak temuduga disini

Permohonan jawatan melalui google form disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.