Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (IMI) 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Imigresen Malaysia (IMI) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor sepertimana berikut.

1. Jurutera J41
2. Penolong Juruukur Bahan JA29
3. Penolong Jurutera JA29

Tarikh tutup permohonan 31 Oktober 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (IMI) 2023

Jawatan : Jurutera J41
Tempoh Lantikan : 12 bulan
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1
Kelayakan Minimum : Ijazah Sarjana Muda

Syarat Lantikan

a) Warganegara Malaysia

b) Syarat Kelayakan :

i) Lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.

Deskripsi Tugas

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Jawatan : Penolong Juruukur Bahan JA29 / Penolong Jurutera JA29
Tempoh Lantikan : 12 bulan
Taraf Jawatan : Kontrak
 Kekosongan : 1
Kelayakan Minimum : Diploma

Syarat Lantikan

a) Warganegara Malaysia

b) Syarat Kelayakan :

i) Lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;

ii) Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
iii) Calon yang mempunyai diploma dalam bidang ukur bahan atau kejuruteraan yang diktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.

Deskripsi Tugas

i) Penolong Juruukur Bahan, Gred JA29

Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos pengukuran kuantiti awal, membuat (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyediakan perakuan bayaran interim, menyediakan arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

ii) Penolong Jurutera, Gred JA29

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejureteraan awam, mekanikal dan eletrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraaan berkala peralatan elektrik serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

a) Pemohon dikehendaki mengemukakan resume (beserta gambar berwarna berukuran pasport) melalui e-mel kepada : bpsmjohor@imi.gov.my

b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2023 (Selasa) sebelum jam 12:00 tengah hari.

c) Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN berikut:

i) Kad Pengenalan;
ii) Sijil Diploma; dan
iii) Dokumen sokongan yang berkaitan.

d) Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.

e) Sila hubungi Puan Siti Aminah binti Ishak di talian 07- 2338462 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.