Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa KP29 Teluk Intan

Jawatan kosong Pegawai Penguatkuasa KP29 Majlis Daerah Teluk Intan kini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat menjadi pegawai penguatkuasa majlis perbandaran Teluk Intan Perak.



Permohonan kerja kosong ini adalah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang layak dan berminat bagi mengisi kekosongan kerja kosong yang disenaraikan dan keutamaan diberikan kepada mereka yang bermaustautin di Negeri Perak, Teluk Intan.

Jawatan kosong tersebut ialah:


Penolong Pegawai Penguatkuasa GRED KP29

Gaji: RM1493.00 – RM1846.15
Syarat Kelayakan Minima: STPM / STAM / Diploma
Tarikh Tutup Permohonan: 5 jan 2017

Cara Permohonan (Download Borang Di Bawah)


Permohonan hendaklah dibuat melalui borang permohonan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan Perak Darul Ridzuan.

Segala permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama dokumen yang diminta.

Borang yang telah diisi lengkap hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat dengan menulis nama jawatan yang dipohon dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantarkan kepada alamat seperti berikut:

Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Teluk Intan
Jalan Speedy
36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan

Download Borang Permohonan Disini.

Syarat-Syarat Permohonan Jawatan Kosong Ini Ialah:

Calon hendaklah seorang warganegara malaysia yang sah berusia tidak kurang daripada umur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 5 Januari 2017. Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan anda boleh baca pada file pdf yang telah kami sediakan pautannya dibawah ini.

Download Syarat Kelayakkan Disini


0 comment... add one now