Jawatan Kosong Konstabel Polis Bantuan (Pos Malaysia Berhad)

Jawatan Kosong Konstabel Polis Bantuan di Pos Malaysia Berhad. Pos Malaysia Berhad mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk memohon jawatan kosong ini.

Jawatan Kosong Konstabel Polis Bantuan (Pos Malaysia Berhad)

Tawaran untuk menjadi Konstabel Polis Bantuan dibuka untuk sesi ambilan tahun 2017 bagi warganegara Malaysia yang berkelayakan dan bermotivasi. Pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum apply jawatan kosong terkini ini.

Jawatan Kosong Yang Ditawarkan:


1.  Konstabel Polis Bantuan

Gaji : RM1000- RM1500
Tarikh tutup : 12 Januari 2017
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta


Cara Untuk Memohon :




Anda perlu memohon secara online. Permohonan yang tidak lengkap atau mengandungi unsur penipuan tidak akan dilayan. Hanya yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah boleh email terus hubungi pejabat pos Kuala Lumpur , Selangor dan Johor.
Untuk memohon secara online klik di sini.


Syarat Memohon Jawatan Ini:


1. Rakyat Malaysia

2.Berumur antara 18 hingga 30 tahun.

3.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya mendapat Gred ‘C’ matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).

4.Memiliki personaliti yang menarik dan boleh berkomunikasi dengan baik, amanah, bertanggungjawab, tegas dan berdisiplin.

5.Boleh berkhidmat pada bila-bila masa diperlukan termasuk tugas syif.

6.Berminat dengan pasukan beruniform dan tugas-tugas kepolisan.

7.Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.

8.Bekas anggota Polis Bantuan yang sudah menamatkan perkhidmatan di Agensi lain adalah digalakkan untuk memohon.

9.Calon yang mempunyai salinan sijil asal tamat latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) akan diberi keutamaan.



Kelayakan Fizikal :



1.Tinggi sekurang-kurangnya 5 kaki 4 inci / 163 cm.

2.Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg.

3.Ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 81 cm (32 inci) dan 86 cm (34 inci) semasa tarik nafas.

4.Penglihatan jelas tanpa menggunakan cermin mata.

5.Tidak rabun warna dan tidak cacat pendengaran.

6.Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Malaysia (termasuk X-Ray) dan tiada kecacatan fizikal.
Semoga berjaya dalam permohonan anda. Share di Facebook, Whatsapp dan Telegram Anda jika ada kenalan atau rakan-rakan anda yang turut sama berminat untuk memohon Jawatan Kosong Kerajaan ini.


0 comment... add one now