Jawatan Kosong Guru Tadika Dan Taska

Jawatan kosong guru tadika dan taska di Aura Khalifah ambilan Januari 2017. Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong guru tadika dan taska yang ditawarkan oleh Aura Khalifah.


Syarikat : Aura Khalifah
Alamat : No.45, Jalan Prima Saujana 4/6, Seksyen 4, 43000 Kajang, Selangor

Pihak Aura Khalifah mencari muslimah berumur antara (22-35) untuk mengisi kekosongan jawatan :

1) GURU TADIKA SEPENUH MASA DI KAJANG PRIMA SAUJANA

Syarat dan kelayakan :

1- Menutup aurat, berketerampalin menarik dan kemas.
2- Menjaga solat
3- Sukakan kanak2, penyayang dan boleh mengajar membaca, mengaji dan english (basic)
4- Berdikari, kreatif dan sukakan aktiviti kraf
5- Boleh mengurus dan mendidik kanak-kanak berumur 3 tahun - 6 tahun
6- Boleh bekerja sekurang-kurangnya setahun dan yang ingin menjadikan guru tadika sebagai satu kerjaya


2) GURU TASKA SEPENUH MASA DI SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI

Syarat dan kelayakan :

1) Boleh mengasuh dan menguruskan kanak-kanak berumur 3 bulan - 4 tahun
2) Kreatif dan suka aktiviti kraf bersama kanak-kanak
3) Penyayang, pembersih dan ceria
4) Menjaga Solat
5) Boleh bekerja sekurang-kurangnya setahun dan yang ingin menjadikan guru tadika sebagai satu kerjaya

Gaji Permulaan ialah RM900-RM1600 mengikut kelulusan,pengalaman, dan satu kelebihan jika ada kebolehan seperti memasak dan memiliki kenderaan sendiri. Pihak Aura Khalifah menyediakan tempat tinggal lengkap, makan dan minum ketika bekerja, KWSP, elaun, bonus, kenaikan mengikut prestasi, cuti tahunan, trip dan majlis tahunan dan OT.

Latihan diberikan kepada yang tiada kelulusan atau pengalaman asalkan mempunyao minat dan boleh bekerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara Apply Jawatan (Di Bawah)


Jika anda betul-betul berminat dan merupakan seorang tenaga pengajar kanak-kanak, atau jika anda tiada kelulusan tetapi berminat, bolehlah apply jawatan ini dengan kadar segera untuk sesi ambilan januari 2017.

Sila emailkan resume dan detail diri anda ke email berikut. Pastikan resume dihantar dengan lengkap beserta gambar passport dan sijil-sijil pengalaman.

Emailkan resume anda ke : [email protected]

ATAU

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan, boleh terus call/whatsapp ke nombor berikut 0193265532 Puan Sue.

Diharapkan agar anda mengisi jawatan ini dengan kadar segera dan didoakan agar anda diluluskan dan diterima bekerja di syarikat ini insyaAllah.

Sila share dan sebarkan jawatan kosong ini jika anda rasakan ianya bermanfaat.


0 comment... add one now